Saturday, October 31, 2009

Apa ada pada nama?

Setiap manusia mempunyai nama. Ada nama Ismayadi, Sakinah, Sabrina, Ismahani, Syita dan berbagai lagi nama yang tidak terfikir oleh kita. Mengikut Irfan Khairi, nama adalah “langkah pertama membina jenama perniagaan yang hebat!”. Beliau memberikan 4 ciri yang perlu ada bagi pembinaan jenama untuk bisnes. Antara ciri-ciri tersebut:
1)      Ianya patut menunjukkan manfaat perniagaan tersebut: RahsiaInternet, Air Asia & Microsoft
2)      Ianya patut menunjukkan ciri-ciri produk melalui perbuatan & warna: Sunkist Oranges, Petronas &  Burger King
3)      Mudah untuk disebut, dikenali dan diingat: Google, Yahoo & Amazon
4)      Berbeza dengan nama lain yang terkenal: McDonalds, Kodak & Toyota
(Artikel penuh boleh didapati di blog beliau)

Berasal dari pembinaan nama, bisnesman perlu berusaha menukarkan nama tersebut menjadi jenama (brand). Jenama juga dikaitkan dengan keuntungan, dimana jika sesuatu barang itu berjenama, maka dikatakan ia mempunyai “nilai”. Walaupun begitu, tidak semua barangan yang ada nama menjadi jenama (brand).

Penjenamaan sangat penting kepada bisnes. Ia mencerminkan imej yang kita bawa terhadap bisnes kita sendiri. Oleh itu aktiviti penjenamaan sangat perlu dititik beratkan. Pelanggan mestilah mengenali jenama produk kita, barulah mereka mahu membelinya. Kita harus merangka strategi bagi peningkatkan promosi jenama bisnes agar dikenali ramai. Contoh mudah adalah menggunakan medan rangkaian sosial seperti facebook ini!.

Monday, September 07, 2009

Your results:
You are The Flash

The Flash
80%
Superman
70%
Green Lantern
70%
Supergirl
65%
Spider-Man
60%
Wonder Woman
55%
Robin
50%
Iron Man
50%
Hulk
45%
Batman
40%
Catwoman
35%

Fast, athletic and flirtatious.


Click here to take the Superhero Personality Quiz

Friday, September 04, 2009

Assalamualaikum,

Setahun tiga bulan.. lama sungguh saya tidak menulis di blog ini.

Sebelum meneruskan penulisan kali ini, ingin saya mengucapkan rasa syukur diatas kurnia dan limpah-Nya terhadap saya. banyak perkara telah berlaku sepanjang masa yg berlalu. mohon keampunan diatas segala kelalaian dan kealpaan saya sebelum ini.

Alhamdulillah masih lagi ada nafas yang bersambung tika menulis entri kali ini. kehidupan pada ketika ini jauh lebih balih dari dahulu. bersyukur sekali lagi. dahulu tidak mampu untuk memiliki sebuah kediaman, namun kini Dia telah mempermudahkan saya untuk menyediakan kemudahan tempat berlindung bagi keluarga. Mohon keberkatan dan juga rahmat dari Tuan segala tuan.

Dahulu hanya berdua, kini sudah berempat. bln 12 nanti mungkin berlima. dulu hanya umi sahaja feminin, bln 12 nnt Insyaallah akan ada teman sejantina menjadi teman.

Setahun tiga bulan.. banyak yang berlaku. Moga sang Pencipta sentiasa mencucuri rahmat dan berkat-Nya keatas kami. amin...