Wednesday, May 03, 2006

terlupa.

malam semalam aku check baki henpon. ader lagi tinggal 6 inggit, expired besok (arini le tu). almaklum ler pakai tepon jenis "no money no talk". mula2 tu aku pikir nak donlod lagu yang best2 buat ringtone. and then aku fikir baik aku hantar sms random kat member2 lama, tanya khabar berita, rasanya tu lagi bagus.. member lama semasa uni, masa skolah yang dah bawak haluan masing- masing. ader yang dah kawin, ader yg bujang. ader yg tgh mencari, dan ader yang tgh dicari (wanted ker?). kadang-kadang kalau aku dapat sms dari member yg dah lama x dengar citer, rasa suka juga. kurang-kurang ader org ambik tahu pasal kita.


bagus juga member2 aku nih. masing2 ader kehidupan tersendiri. ader keje best, ader keje ok dan ader tgh carik keje lain. ader sorang member lama, housemate aku masa kat uni, Nik nama dia. salah sorang member aku yg "nakal". kuliah ikut mood jerk. kalau kuliah pukul 10 pagi ke bawah, hmm jgn harap ler dier nak datang. kalau kuar malam lak, mesti kul 3,4 pagi baru balik. aku tau mana dia pegi, tapi xyah citer aaa.. bagi sesaper yg biasa kutu malam di KL, aku rasa tau kot. tapiaku suka member dgn dia, sbb satu kepala. kira bole layan aaaa.. bole buat lawak biawak ke.. lawak cicak ke.. layan jerk. exam tiap semester mmg dah bole jangka dah, lulus paras idung jerk. tapi dia tak kisah pon. bagi dia ijazah tu hanya tiket jer nak dapat keje. aku pon rasa ada betulnya. aku hantar le sms kat dia smlm. tanya apa citer terbaru dier. sekarang sudah tahun akhir, jurusan perubatan. fushoo bakal doktor beb.. masa tahun akhir kat uni, dia ader cakap kat aku yg dia nak sambung buat degree medic, aku ingat dia buat lawak jerk.. masa tu dah tahun akhir. aku rasa mungkin dia dah dapat hidayat kot, tapi last minit. dia sambung belajar bukan sebab family dia yg suruh, tapi kehendak dia sendiri. sambung lagi 5 tahun. lama jugak tu. anyway aku doakan dia lulus jadik sorang doktor.


aku cuba sms sorang member lama. pompuan. bukan nak ngorat erk. dia pon dah tau aku kawin. dia ni kawan lama masa skolah dulu. skrg keje kat ampang. dulu selalu jugak berhubung. sms jer la. tanya khabar, citer terbaru dan lenlain sewaktu dgn nya. then agak lama aku tak contact balik. rasanya dalam setahun lebih gitu la. lepas aku sms, tetiba dapat reply sms, tanya siapa aku ni, katanya dia xder save no henpon ni. hmm aku agak nombor tepon aku dia tak simpan dalam henpon dia. apa maknanya? aku buat kesimpulan. simple. member dah delete no aku. jika dia dah delete no aku maknanya dia dah tak mau contact aku dan berhubung dgn aku lagi. aku terus hilang minat nak bertanya khabar. buat apa kita dok ingatkan kat org yg dah tak sudikan? heh cam org nak ngorat lak. nampaknya member dah tak ingat member. tapi xder la aku nak lupakan dia terus. member tetap member.


orang kata berkawan biar seribu, tentu dalam seribu tu ader yg pergi dan ader yg dtg. masa terus berjalan. masing-masing bawa haluan. sekadar sempat bertanya cerita pada yg ada. yg jauh dilupa jangan.
**********************************************

Monday, April 24, 2006

nama sayer Zafran Hakim. sayer berumur setaun. sayer sudah pandai berjalan. sayer suka berjalan. sayer sudah pandai panggil abah, tapi sayer belum pandai panggil umi. tiap-tiap hari sayer cakap "abah.. abah..". Abah mesti suker biler sayer cakap gitu. sayer manja dengan umi, sayer suka main-main dengan abah. umi sayang sayer. Abah pun sayang sayer. sayer ader gigi. 2 batang gigi kat bawah, dan 4 batang gigi kat atas. tiap-tiap hari umi ajar gosok gigi. gigi saya putih bersih. umi cakap gigi cantik nanti awek suka. sayer suka hisap susu. umi buat susu untuk saya. abah pun buat susu juga. umi bagi sayer makan nestum. sedaaaaapppp.. umi pandai buat nestum sayer. sayer suka makan. oklah, kalau ader awek-awek nak berkenalan dengan sayer, boleh hubungi abah sayer. bye-bye.

Friday, April 21, 2006

Assalamualaikum.

lama aku tak blog. kenapa? hmm takder mood sebenarnya. aku jadik kehilangan mood nak menulis. takder bende nak dikongsikan. aku rasa hidup aku cam bende sama setiap hari.

mula2 dulu aku pikir nak tutup jer blog nih. tapi sayang la pulak.. napa? sebab banyak bende dah aku tulis. perkara2 yang aku nak ingatkan diri sendiri. sebab tu aku biar jer blog ni tanpa update. bila aku rasa nak tulis kembali, aku sambung jerk. sbb aku tulis blog pon bukan sebab nak dapat ramai pengunjung.

dulu aku berenti menulis sebab aku rasa xder freedom of writing. sebab aku rasa cam ader "org tertentu" yang membaca blog aku nih. so cam aku kene hati2 la sket. itu yg start buat aku ilang minat nak menulis tuh.

kemana aku pergi? xder kemana mana. ader dok kat sini ajer.

oklah takat ni ajer lah aku tulis ari nih. rasa cam malas lak. aku nak buat keje. ok bebeh adiosss