Monday, July 10, 2006

kadang-kadang aku bengang jugak dengan menteri-menteri kita. selalu memperdebatkan perkara-perkara bodoh sesama sendiri. bukannya nak berbincang mencari punca dan penyelesaian kepada sesuatu masalah. dulu dok sibuk dengan hal kahwin misyar.. asyik-asyik misyar.. habis satu parlimen dok bising tentang nih. sedar atau tidak kebajikan rakyat masih dok tang tu jugak. yg miskin masih dalam kemiskinan. apa pekdah dari perkara misyar yg dok bising kat parlimen tuh? perkara remeh temeh disekeliling dibuta tuli kan. kalau denar pon dipekak badakkan. masa nak dekat pilihanraya baru nak bermulut manis. mintak tolong rakyat pangkah ramai2... tapi sekarang masih tang tu jugak...


semalam Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, mendakwa ada 100,000 orang Islam murtad. tapi apa reaksi menteri dijabatan menteri? mempertikaikan angka jumlah murtad. kat sini citer lebih lanjut. aku rasa hangin jerk dengan menteri-menteri camnih. sebab nak jaga imej dan maruah portfolio masing2 maka dok mempertikaikan dakwaan tersebut. yg mendakwa tu bukan calang2 org. sebelum mufti tu keluarkan statement gitu, mestilah dia dah fikirkan kesahihan perkara itu. kalau tidak mau kene hentam balik. yg tukang menteri pulak dok sibukkan angka. bukannya nak sibukkan mencari penyelesaian. inilah metaliti menteri kita. bukannya nak mencari punca akar umbi perkara, agar dapat ditentukan cara selesai.. tapi jumlah angka yg disibukkan.


bagi aku sikit atau banyak tidak menjadi sabit utama, tapi topiknya adalah perkara ini ada berlaku. sepatutnya penyelesaian perkara perlu difikirkan bersama. kalau nak bertekak pon biarlah perkara itu bergerak kearah penyelesaian. bukan nak mematikan masalah dengan sembunyi. cam ni ke cara keje? kalau gini sampai bila nak maju? masing-masing pandai main wayang. ini yang aku rasa x puas hati nih. perkara serius tapi dibuta tuli kan. sudahnya bila dah lambat baru nak menunding jari. HAMPAGASLAH!

Friday, June 30, 2006

hidup kene teruskan.. maju ke depan atau ke belakang? aku rasa hidup aku lately a little bit mundane. aktiviti yang sama jerk.. nak kene carik aktiviti lain nih.. aku bz sebonarnyo.. bz sbb nak kejar siapkan ijazah sarjana aku nih.. ooohh byk betul halangan.. lepas satu satu.. kengkadang tensen jugak tapi nak tak nak aku kene telan jugak. kene marah ada.. kene puji (tah ikhlas ke tak) ada.. last2 dapat green light bole habiskan jugak. lega. tapi tak lega. sebab takut nnt kene ulang lagik.. adeh...


sejak seari dua ni aku rasa tak sedap badan la. nak demam agaknya. aritu baru je baik demam.. nak demam lagik.. ni yg aku malas nak makan ubat nih. daya tahan badan jadik kurang sbb bergantung pada ubat. tapi aku nak cepat baik. byk keje nak buat. kalau tak makan ubat, nnt takleh nak buat keje.



*******************************************


ari rabu aku akan bertolak gi kulim. nak kene pergi ke Sir*m Amr*c. aku harap ni kali yg terakhir aku gi sana. sebabnya sampel untuk projek aku perlu guna alat kat sana. aku pon dah naik boring dah dengan projek nih. harap2 lepas ni boleh berjalan lancar la. boleh habis cepat.


*******************************************


Tuhan itu maha adil. perkara ni terjadi depan mata aku. rasanya aku belum cerita lagi kat korang kot. masa aku buat projek master ni masa mula2 register, aku adalah org yg pertama register utk tajuk A. then ader sorang student (cha ya nun alif) yg baru (adalah 1 semester lewat dari aku) register. dia ni buat master fulltime. aku lak almaklum la sedang bekerja, cam part time la. so tulis tesis pon lembab la. aku dah plan apa yg aku nak tulis dalam tesis aku. sebab aku dah set baik punyer tajuk tesis.


bila dah lama, dah beberapa semester, projek kitorang pon hampir siap. aku ni masih lagi byk yg tak siap tesis. projek lak dah hampir siap. then student ni pulak sebab dia nak cepat, pegi ambik tajuk aku. dia cakap supervisor aku dah setuju. aku mmg tak puas hati btol masa dia buat gitu kat aku, tapi aku takleh buat apa2 sebab supervisor aku sendiri yg suruh. kat supervisor aku pon aku rasa tak puas ati jugak. tapi aku telan jer la. dah dia bos. kalau aku memberontak kang, dia kasi aku gagal projek mampus lak. so aku terpaksa sambung lagik sebab supervisor aku kata taknak bagi projek nampak sama. maka aku dengan berat hati terpaksa lah menambah lagi kerja2 projek. so penulisan tesis pon aku letak tepi. tapi dalam hati aku, mmg aku dah 'mark' takkan tolong lagi student tuh. apa2 hal buat sendiri ler. sebab masa buat projek tu kitorang mmg buat sama. aku yg byk bantu dia. tapi last2 dia yang sapu aku nyer projek.


then semester ni ader lagik sorang student baru yg register. cha ya nun alif jugak. dia buat phd. yg student dulu tu pon sambung phd jugak. ntah camna projek dorang mmg sama. dorang ni sama2 nak apply untuk NSF. biasiswa le tuh. tadi supervisor aku tunjuk proposal yg student baru tu buat utk NSF. dia ambik sebijik proposal yg telah student lama tu buat dan ubah sikit. si student lama tu dah cuak. dia cam tak puas hati je. aku senyap takk cakap apa masa tadi. tapi dalam hati aku kata padan muka. sekarang rasakan balasan. projek yg dia nak apply for NSF dah diambil oleh org lain. dia pun takleh nak buat apa2 sebab supervisor aku kata "u kena compete lah". so cam tak kisah sgt samada dia copy ke hape.. student lama tu bengang jerk.. aku kata dalam hati, Tuhan maha adil.. sekejap jer student tu dah dapat balasan. dulu curi tajuk projek aku, sekarang tajuk dia pulak kena curik. rasakan. aku nak tgk lepas ni dia bising2 tak depan aku. kalau dia dok bising2 pasal projek dia kena curik... siaplah aku nak sound balik. dulu curik projek org, sekarang padan mukalah!.

Thursday, June 15, 2006

subjek balik kg menjadi tajuk perbualan antara umi dgn aku. well, i did realised that it's been a while aku dah tak balik kg. for those yg their parents dok dekat2, it is easy for them to go home and see their parent, at least once in a week. but bagi aku yg berasal dari pantai timur, and working on the other side, a trip to hometown once a month is ok. sekarang ni dah masuk setengah tahun, dah bulan 6, sedar tak sedar last masa aku balik kg is my hari raya. wow.. that's been a while. the urge to balik kg and see my parent is quite accumulating. planning dgn umi to balik kg when she's free. the good thing kawin dengan orang satu daerah is, senang nak balik kg. but umi is working with the private sector, and it's not easy for her to apply for her holiday. aku lak ader berlebih lebih lak cuti. maklum lah org keje gomen. asyik cuti jerk. but aku ni tak suka cuti if takde keje yg nak buat. so cuti yg lebih tu carry forward lah..



i wanna congratulate to my prenggg.. mr mundarmandir for ending his zaman bujang marrying this, also my prenggg (my opismate ler..). both of them have already came back from the "acara-acara yg sepatutnya" and start working. but it seems that their blog is still not updated. mesti masih "BZ" lagi nih. maklum la newly wedded couple. masih hangat-hangat membara lagik. i wish both of you will be happy with each other.


oklah let me sign off dulu. adiossss