Wednesday, May 26, 2004

hmm skrg ni musim kawin erk.. ujung bulan ni ramai yg akan kawin.. opismate aku ader 2 org nak kawin.. aku? coming soon... si bluehikari pon dah nak kawin (aku tgh tunggu kad jemputan nih).. rasanya ramai yg ambik kesempatan semasa cuti sekolah ni.. maklum la bebudak cuti.. senang nak bawak anak2 jenjalan.. teringat dulu masa kecik2 kalau ader kenduri kawin mesti aku nak ngikut mak aku.... bukan aper sbb nak telur org bagi masa kenduri.. warghaha seronok jerk.. skrg ni aku tgk ader trend yg bagi cokelat kat tetamu yg dt.. mungkin sbb nak senang kot.. walaubagaimanaon aku tetap rasakan tradisi memberi telur pada tetamu yg best. kalau kenduri kat kg mesti abis tuan rumah panggil jiran2 tetangga dtg masak.. so ramai ler yg dok berkenduri kat sana. dari pagi sampai ler ke petang.. riuh rendah ler yg kat dapur..itu org pompuan, org laki lak ramai2 siapkan khemah.. ader yg siap2 masak nasik.. nasik kawah.. haaa yg masak nasik kawah ni selalu org berpengalaman jer yg buat.. kang silap aribln hangit ler.. tak pon tak masak. pastu seari sblm tu, reramai dtg tolong sembelih lembu. masing2 bawak golok kecik utk lapah daging lembu. masa ni bole la tgk skill dan style masing2 melapah daging. geng2 org muda lak biasanyer byk diperlukan masa kenduri berlangsung. jadik tukang angkat hidangan. ader yg jaga air.. ader yg angkat lauk pauk.. masa ni rajin la sbb ader anak2 dara ramai.. bole ler usya2.. hehehehhe.. skrg ni aku rasakan 'semangat kenduri' tu dah sedikit sebanyak dah hilang.. skrg ni sumer nak senang.. panggil jer catering sumer dorang uruskan.. jiran sebelah umah pon tak tau ader kenduri.. alih2 tgk ader khemah.. hmm semangat kejiranan sudah hilang. itu yg aku peratikan kat bandar la. tapi di kg masih lagi suasana kejiranan yg tinggi. semoga semangat itu terus kekal selamanya.

umi dah kerja kat shah alam. keje dgn kompeni IT. mungkin rezeki dia kot.. sbb kebetulan baru 5 minit sampai kat umah kakak dia, kawan abg ipar dtg cakap dia nak pakai pekerja.. hmm terus offer at umi. tapi sbnrnya background umi bukan IT. umi ambik geologi. bos dia cakap takpe sbb keje tak rumit. lagi pon bole belajar. staf dia yg ader skrg pon sumer bukan IT background. sumer start from zero. takpe la dah rezeki dia. mula2 keje umi tepon cakap susah.. ari kedua keje, tepon cakap byk kena belajar.. ari ketiga, tepon cakap bole la buat slow2.. ari keempat, tepon cakap ok la menarik.. hmm umi ni kalau dah suka buat keje tu.. tak kisah la gaji berapa pon asalkan dia dah suka.

ujung minggu ni ader kenduri kawn.. pastu minggu satu lagik bercuti ke tioman.. yabedabeduuuuu... tak sabar nih.. dah start berangan dah nih...

0 comments: