Thursday, December 21, 2006

Is it about Berkat?

dah lama sebenonyer aku pasang niat nak bayar zakat. zakat pendapatan.. kalau ikutkan kiraan aku ni tak layak untuk bayar zakat, tapi sbb aku mmg berniat untuk asingkan sikit duit pendapatan aku ni, dan beri pada student yg tak berkemampuan. zakat yg di potong ni akan disalurkan ke tabung zakat utk agihan kepada student yg tak berkemampuan di universiti yg aku keje ni..


aku tau camna perasaannya jadik student yg tak mendapat apa2 pinjaman untuk pengajian. Adik aku tak dapat apa2 pinjaman untuk pengajian dia. so untuk bayar yuran, terpaksa mengharap duit dari tabung zakat. Ayah aku? dia sudah pencen. duit pencen cuma cukup untuk makan minum dia dan mak aku je. so adik beradik yg dah bekerja ni la cuba menampung perbelanjaan yg mana kurang. sekarang adik aku tu dah abis pengajian. tunggu konvo. pengalaman pahit dia sedikit sebanyak telah memahamkan aku beban pelajar yg tiada pembiayaan.. bagaimana pula jika orang miskin. ada pembiayaan pinjaman takpe la, tapi kalau tiada? sakit jugak.. setiap semester tgk kengkawan dapat duit pinjaman.. boleh la beli itu ini.. yg dapat duit zakat, hanya cukup-cukup bayar yuran pengajian. makan hari-hari? terpaksa mintak dgn abg kakak..


sebab adik aku sekarang ni dah abis belajar, jadi aku dah pasang niat sedikit duit aku akan disalurkan kepada tabung zakat ni agar mana2 student boleh guna untuk bayar yuran mereka.. moga2 dengan ilmu yang mereka perolehi ini, dapat digunakan untuk mencari rezeki dan membantu keluarga mereka. aku betul2 mengharap begitu...

0 comments: