Wednesday, April 18, 2007

wah ngeri aku mendengar cerita "massacre in Virginia Tech"... seorang pelajar korea mengamuk dengan menembak mati 33 org dan ramai lagi tercedera. betapa mudahnya nyawa manusia melayang. terbayang juga aku jika perkara ini berlaku ditempat aku bekerja sekarang.. sudah tentu akan terpampang di muka hadapan pada semua media cetak dan elektronik di Malaysia. aku harapkan perkara ini jauh dari berlaku. kesan buruk dan akibatnya amatlah mendalam. kesan psikologi terhadap org lain adalah besar.


Pokok pangkal berlakunya pembunuhan ini mesti dikaji. kenapa pelajar tersebut mengamuk? adakah stress? gaya hidup yg berbeza? terasa asing ditempat org? bermacam faktor dan sebab kita boleh bagi.. namun hakikat kematian 33 org dalam kejadian tersebut telah menunjukkan bahawa terdapat kesilapan dalam corak kehidupan dan pengajian mereka. adakah undang-undang masih belum mencukupi bagi membendung perkara ini berlaku? adakah kebebasan memiliki senjata api dengan mudah mendorong pembunuhan beramai ramai? teringat kata-kata ini, "Having A Gun Does Not Mean You Have The License To Kill". mari kita renungkan..

0 comments: