Wednesday, June 11, 2008

apakah lagu kegemaran anda?

adakah anda mempunyai lagu kegemaran sendiri? masih teringatkah lagu kegemaran anda semasa kecil? lagu2 lama kadang-kadang mengingatkan kembali nostalgia kita semasa kanak-kanak. bila terdengar lagu tersebut, kita mungkin tersenyum sendirian.. atau mungkin ada juga kisah duka.. masing-masing mempunyai cerita sendiri.


saya juga ada lagu kegemaran sendiri. malah menjadi ringtone henset saya. saya suka lagu tema Gaban!. bunyi seperti bodohkan? "alah macam budak kecik.." saya tahu ada org yg akan berkata begitu. tapi saya tak kisah. hanya orang2 yang sezaman dengan saya sahaja akan tersenyum mendengar lagu ini. cerita Gaban dulu memang menjadi kegemaran semasa kanak-kanak. Jika henset saya menyanyikan lagu ini, nescaya org sezaman saya akan tersenyum, mungkin dpt mengingatkan kembali masa muda2 dulu. saya suka melihat org gembira. sekurang-kurangnya saya mampu membuat org tersenyum.


walaubagaimanapun, membuat org tersenyum bukanlah sebab utama saya suka lagu ini. saya bukan pelawak atau raja lawak. saya sebenarnya suka lagu yg berbentuk begini. fast rhythm. di kala saya keboringan, atau rasa demotivated, lagu ini akan saya pasang dengan kuat.. (untung ada bilik sendiri di opis..). bila dengar lagu kuat2... (xder la sampai tahap pekak lak..) saya akan rasa bersemangat. rasa aktif. dan selepas itu mudah bagi saya untuk study dan menerima ilmu. pemahaman saya seperti terbuka. kenapa begini? minda kita mempunyai gelombang otak tersendiri. saya tak pandai nak mengulas perkara ini, setakat pemahaman saya, jika kita rangsang gelombang otak ini, minda kita turut akan menjadi aktif. otak yg malas berfikir membuatkan badan lesu dan rasa malas. bila otak aktif, minda akan bekerja dan kita rasa bersemangat. jadi kita akan membuat kerja dengan rasa bersungguh-sungguh. cubalah. mungkin boleh apply pada diri anda.

0 comments: