puh... baru balik dari bangunan pantatbiran.. oppss.. it's pentadbiran.. mind the language eh.. hahahaha. pegi menambah bini dalam buku perubatan dan tukar klinik panel. klinik panel ni atas nasihat mr rudy la nih. sbb bini dier pon scan situ. dia pon cam puas ati jer dgn servis doktor tu. so aku assume ok jer la. aku gi ambik klinik yg dekat dengan opis. kat klinik ni bole scan sumer ah, utk kemudahan org pregnant. doktor dier pon doktor pompuan. eh.. eh.. aku dah bgtau korang ke bini aku dah mengandung? aku pon dah lupa ah. takper lah. skrg dah masuk 6 minggu. bulan depan nak kena jumpa doktor lagik. huhuuhu nak jadik bapak rupernyer aku nih.. warghahaha cam tak caya jerk.. alah bior ler dah rezeki aku.. ok la tuh. tapi kan aku rasa cam tak percayer jerk nak dapat anak. hmm apa aku nak letak nama anak aku nanti eh.. kalau pompuan aku dah ader nama.. tapi kalau laki.. takde idea lak aku nak bagi nama. nanti aku nak letak "Balqish" untuk nama anak pompuan aku nih. tak tau lagi satu huruf "Balqish" ajer atau 2,3 huruf lain lagi. naper "Balqish"? nama ni sebenarnya timbul semasa aku dgn umi bercinta dulu.. uhuk.. sogan lak cakap pasal cintan2 nih. berkarat beb.. warghahah.. takper la kire nama ni ader history nyer tersendiri. korang rasa apa nama yg best2 kalau aku nak kasi nama untuk anak laki aku? aku terfikir nama "Hakim". maksud aku bukan "Hakim" jer, mungkin gabungan dgn huruf2 lain la. korang bagitau la aku kot2 ader nama2 best ke.. bole kiter share. tapi bagitau la aku apa makna nyer skali yer.. oklah adios.......
0 comments:
Post a Comment