Monday, September 06, 2004

smlm makan nasik dagang kat umah kakak ipar aku (kak la). semenjak ader bini ni, dah rasa ader 2 keluarga lak. jumaat ni abah dgn ma nak dtg. kak ader konvo kat intan damansara ari sabtu.

bole tahan jugak sedap nasik dagang.. aku ni bukan ler peminat nasik dagang. kalau ader org offer makan nasik dagang, mesti aku tak mau nyer.. kire bukan feveret la. tapi oleh sebab mak mertua yg masakkan, kena la makan.. kang merajuk lak kalau tak makan. oh ye.. mak mertua aku ader kat umah kakak ipar di batu 3. baru 2,3 ari dtg. ari sabtu lepas dorang datang umah aku. umi masak utk makan tghari bagi dorang. bole tahan gak la umi masak. setakat ni rasanya aku xder komplen lagik aaa pasal dia masak.. mungkin aku ni jenis 'hentam sajelah' kot.. asal bole masuk perut dan kenyang jadik ler..

abg ipar lak asyik ajak aku main golf.. aku panggil dia abg far... hadoi laaaaaaaaaaa aku bukan terer main golf.. x pernah turun padang lagik. sblm ni dok training kat driving range jer.. kasut golf pon tadak lagik mana la nak turun padang.. tapi dia cakap main suka2 jer.. dia pon tak reti gak.. hmmm ntah le.. aku sebenarnya malas nak gi main dgn dia. x syok ah. dia lak jenis lelaki-lelaki yg komplikated. byk songeh.. tu yg aku malas tuh. sbb aku tau org jenis cam dia ni, kalau baik sikit.. mula la nak mempergunakan kesempatan yg ada. this type of people, that i need to watch out. dulu pernah dia buat perangai "elok" dia kat abg ipar aku sorang lagik.. suami kepada kak ipar aku yg sorang lagik (abg Pa). abg pa ni dulu masa mula2 kawin xdek keje. so tumpang ler kat umah kat umah kak la. maklum la gi kl kire nak carik keje le. duduk seari dua ok lagi.. masuk seminggu dah nampak perangai "elok dia".. dia pernah sound kak la jgn masak lelebih nnt abis beras kat umah sbb bagi org makan banyak... bayangkan betapa "terasa" nya abg pa masa tu. kak la pon malu gak abg far buat gitu. abg pa sampai sanggup beli nasik bungkus kat kedai bila time nak makan. huh sungguh "bersopan" betul.... mentang2 la dah senang.. dah lupa daratan. aku pernah cakap kat umi.. kalau abg far buat sekali perangai "elok" dia kat aku.. heh aku akan ingat sampai bila2. jgn harap aku nak maap. kecuali dia bebetul dtg mintak maap. sbb tu aku malas sangat nak buat baik dgn abg far ni. kalau mak mertua xder kat umah dia, xdernyer aku nak pegi. sbb tu aku kena hati2 dgn dia. tapi kalau dgn abg pa, dia ok. jenis org kg yg tau jaga adab sopan serta hati org.

hmm berat kau makin bertambah la.. sejak kawin ni dah naik sekilo setengah. tapi masih dlm kategori 'kurus'. nak kata makan banyak.. aku rasa makan cam biasa je. umi cakap mungkin sbb rasa senang ati kot.. then sejenis hormon dilepaskan. sama dgn org yg suka gelak.. mesti badan cepat naik sbb hormon tu di release dgn byk. hormon apa yer? ntah le... aku skrg cuma fokus 2 je.. nak abiskan master dan siapkan keje2 opis. otak pon dah straight to the point dah takde pikir bende2 serabut. kalau korang x caya, korang kawin le.. jgn korang kawin baru nikah.. bahyer.. aiseh perut rasa x sedap lak.. nature's call.. nenong.. nenong.. nenong....


0 comments: