Tiba-tiba saya rasa macam rumah saya tidak selamat.
minggu lepas saya telah menukar bateri kereta saya, kerana enjin tak dapat dihidupkan selepas isi minyak di stesen minyak. terpaksa saya membeli bateri yg mahal, di stesen minyak tersebut kerana tiada pilihan. malang pula bagi saya kerana kebanyakan kawan2 pulang ke kampung pada hari tersebut.
ok itu cerita minggu lepas, bateri yang lama itu, saya letakkan diluar rumah, tepi dinding, tapi dalam pagar rumah saya. pada hari ini abah menelefon, katanya kereta wani x dpt dihidupkan di bangi. mereka berdua berenti minum dikedai roti canai sebelum meneruskan perjalanan balik kg. saya bergegas bersiap untuk ke tempat mereka. teringatkan bateri yg saya letakkan ditepi dinding, saya beranggapan mungkin boleh dipakai lagi. sekurang2nya dpt menolong mereka. Alangkah kecewanya rasa bila melihat bateri tersebut tiada ditempat asal. saya ingatkan mungkin umi sudah mengalihkannya ke tempat lain, namun umi mengatakan dia tidak buat apa2 tentang bateri tersebut. pada masa itulah saya merasakan ada orang telah menceroboh kawasan rumah saya dan mencuri bateri tersebut. keselamatan kediaman saya telah dicerobohi.
saya bersyukur sebenarnya.. bukan kerana saya suka org mencuri, tetapi benda yang dicuri adalah bateri lama. saya terfikirkan bagaimana keadaannya kalau org yg menceroboh itu merompak dan masuk ke dalam rumah saya. mampukah saya melindungi keluarga saya? itulah perkara yang saya fikirkan pagi tadi. sedikit kerisauan tentang keselamatan dirumah saya. mungkin org yg ambil bateri itu hanyalah mencari besi buruk untuk dijual. walaubagaimanapun, isu keselamatan nampaknya masih boleh dipersoalkan.
oh ya, abah dan wani telah meneruskan perjalanan mereka. setelah saya sampai ke tempat mereka, saya bawakan abah ke kedai untuk beli bateri baru. maintainance free battery.. pakai sampai rosak. tak perlu isi air. heh.... itu yg seswai untuk kereta wani, tahu naik saja....
Thursday, June 12, 2008
Posted by kayzen at 6:12 PM
Labels: penceroboh?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
lama x nampak..
Post a Comment