Thursday, September 21, 2006

Oh birthday aku rupanya hari ini. Sungguh aku alpa. Happy birthday to me.

Wednesday, September 20, 2006

Wah dah lama aku tak menulis kat sini. I just write whenever i feels like to write. there's no obligation to write every week or every month. just jogging my 2 cents here.



so what's up? well not much actually. bende sama. cuma yang seronok masa pergi ke konferen di kuala terengganu. aku semakin berkobar-kobar nak balik bekerja di sana.. naper? sebab aku ni anak kelahiran republic of Besut. rasa macam dah boring dok tempat orang. balik berjasa kat anak negeri lah pulak. sebelum balik tu, rasanya eloklah aku menimba ilmu dulu. perlengkapkan diri. pernah tanya Abah, kalau aku balik kerja kat kg camna.. Abah kata kalau aku balik kerja kat kg awal-awal nanti lama-lama aku akan boring. betul jugak kata dia. so eloklah aku dok sini dulu then kalau rasa diri dah cukup ilmu, baliklah. umpama belut pulang ke lumpur.


masa di konferen ari tu jumpa kawan lama. lama tak jumpa. sejak aku dgn dia grad sampailah ari tu baru jumpa. rupanya dia sekarang dah jadi tutor kat UTM skudai. bagus lah. kat sana jugak aku berkenalan Dr. David A. Bradley. omputeh cakap melayu you... fasih... sampai aku sendiri jadik segan nak cakap english dengan dia. dia kepingin nak makan nasik dagang. hari pertama hotel ader hidang nasi dagang, tapi kureng sket la rasa dia. ari kedua malam tu aku bawa dia keluar makan kat depan masjid terapung. borak2 pasal pengalaman dia, dan macam-macam lagi. dia pernah tulis buku untuk student asasi di UM. dalam bahasa Melayu you... from one subject lead to another subject.. then came to this guy name Abdullah. rupanya dia kenal bekas opismate aku ni. skrg mamat ni keje kat unisel. oh kecik dunia rupanya.



bos besar kat tempat aku dah bertukar. kat sini bila kepala bertukar, ekor pon akan bertukar. aku jerk masih disini. bos baru nampaknya sibuk sikit. setakat ni aku belum nampak direction dia nak bawa jabatan aku ni kemana. tapi dari segi kerja, nampak profesional. rasanya setakat ini ok kot. takde isu yang pelik2. harap2nya gitulah sampai bila2. halatuju belum digambarkan lagi. dia cuma meneruskan halatuju sama seperti sebelum ini. so takde la buat bengkel untuk halatuju.. tak macam orang tu gi ke pangkor lagik tuh.. harap sampai le tempat yang dituju tuh.


oklah adiossssssssss