Friday, September 21, 2007

Happy Birthday To Me!!!

Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me
Happy Birthday Dear Sangap
Happy Birthday To Me


Monday, June 04, 2007


went to Ala*anda yesterday.. Bawak si budak kecik ni gi jenjalan.. asyik-asyik "abah.. jom.. jom alan.. jom la..."

masa kat sana tu kebetulan ada org buat persembahan tarian tradisional di Malaysia. here are some pictures. (gambo tak best sebab ambik dgn kamera cap ayam.)







Wednesday, May 23, 2007

cipan kepundek la U*M nih.............. abis semua blog dari blogspot dorang dah sekat. skrg kalau aku bukak dari dalam U*M ni, konpom masuk website U*M. dengar kata sebab TNC terbaca blog tah sapa punyer tah.. dok kutuk2 TNC tuh.. apa lagi hangin le satu badan.. abis mengamuk dan arahkan block all access to blogger.. akibatnya.. aku sendiri xleh access blog aku dan org lain. aku ni dah le sumber internet kat opis jer.. hampagas tol laaaaaaaaaaaaaaaaa......
Life is a little bit mundane lately.

Friday, May 11, 2007

ingin aku patrikan dalam catatan ini bahawa satu kejutan telah berlaku beberapa minggu ini. masih ingat lagi tak supervisor yang aku cerita dalam entri yg lepas? yang xmau lepaskan aku tu..


well.. minggu lepas kami ader sesi perbincangan antara semua pelajarnya dan dia sebagai pengerusi. before we start our discussion, dia buat a shocking announcement. she's going to resign. i was surprised but not deeply shocked as other students. sbbnya sebelum ni aku tahu dia dapat offer ke uni lain. a big position might say.. but at that moment, she haven't made her mind. everybody in the uni was also in shocked. they didnt see this coming. she made the decisions a few days before the our meeting. skrg ni dia masih lagi di uni ini. starting on 16 june, she's gone. it's a lost to our uni actually. eventhough i have a few kenangan pahit, namun kenangan manis bersamanya tetap diingati.


she did give an impact towards my life. berjumpa dengannya umpama rezeki terpijak. semasa aku mula2 masuk bekerja disini, dia yg banyak guide aku. offer aku buat master bersamanya. sememangnya pada masa itu aku telah berniat untuk sambung pengajian. dan kebetulan juga, bidangnya adalah apa yang aku selama ini minati. we form a good team. sedikit sebanyak kerja penyelidikan aku, telah berjaya melayakkan dia untuk dianugerahkan pangkat Prof. Madya. aku pun sebenarnya berbangga juga, kerana secara tidak langsung apa yang aku buat selama ini ada juga manafaatnya.

semalam aku cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk diukir dalam buku. ya aku telah lama beli buku ni untuk hadiah kepada dia. rasanya dekat 4 bulan aku tercari-cari buku ni. pergi ke klcc, habis. pergi ke alamanda, habis. last sekali ke midvalley, itu pun hanya ada sebiji aje.


yup.. this is the book. ader sebabnya aku mencari buku ni. ader kenangan dan memori disebalik buku ini. aku harap dia suka.

aku harap dia akan sentiasa maju jaya. dia akan mencapai impiannya. Good luck!.

Wednesday, April 18, 2007

wah ngeri aku mendengar cerita "massacre in Virginia Tech"... seorang pelajar korea mengamuk dengan menembak mati 33 org dan ramai lagi tercedera. betapa mudahnya nyawa manusia melayang. terbayang juga aku jika perkara ini berlaku ditempat aku bekerja sekarang.. sudah tentu akan terpampang di muka hadapan pada semua media cetak dan elektronik di Malaysia. aku harapkan perkara ini jauh dari berlaku. kesan buruk dan akibatnya amatlah mendalam. kesan psikologi terhadap org lain adalah besar.


Pokok pangkal berlakunya pembunuhan ini mesti dikaji. kenapa pelajar tersebut mengamuk? adakah stress? gaya hidup yg berbeza? terasa asing ditempat org? bermacam faktor dan sebab kita boleh bagi.. namun hakikat kematian 33 org dalam kejadian tersebut telah menunjukkan bahawa terdapat kesilapan dalam corak kehidupan dan pengajian mereka. adakah undang-undang masih belum mencukupi bagi membendung perkara ini berlaku? adakah kebebasan memiliki senjata api dengan mudah mendorong pembunuhan beramai ramai? teringat kata-kata ini, "Having A Gun Does Not Mean You Have The License To Kill". mari kita renungkan..

Tuesday, April 17, 2007

wah sedar tak sedar sudah masuk April 2007. rasa seperti semalam menjejak tahun baru 2007. bulan ini adalah ulang tahun keputraan Zafran Hakim. dah masuk 2 tahun dah. dah masuk 1 fasa baru kehidupan. Life is ok right now.


hidup kita jadi org bawahan umpama timun. kalau nak bergolek, kene tengok kiri kana. nanti do lenyek dek durian. dalam seharian kita jumpa macam macam org. org yg nampak baik jangan sangka akan sentiasa baik dengan kita. bila tiba masa, leher kita akan dipegang. jadi hati-hati semasa bergolek. seeloknya jauhkan diri dari org macam ni.


aku rasa macam dah boring dah buat master skrg. aku dah viva sebenarnya, skrg ni tgh buat corrections. supervisor aku macam tak nak lepaskan aku. macam-macam yang disuruh. aku pulak takde pilihan, terpaksa ikut. nnt memberontak, dia tak sain lak borang hantar tesis aku. itu la yg aku rasa skrg, dia cam nak "mengajar" aku supaya respect... hmmm kadang-kadang payah aku nak respect dia. bukan dari segi ilmunya, tapi dari segi etikanya.. out. sebab tu bila sudah tiada respect, aku susah nak terima kata-katanya. respect is to be earned, not to be given. ada lah cerita "buruk" yang aku tau pasal dia. aku mmg takleh terima apa yang telah dia buat. lepas aku tahu apa yang berlaku, respect aku dah hilang padanya. aku sebenarnya cuba juga untuk respect dia kembali.. tapi susah. buat masa ni aku ikut je permainan yang dia nak buat. asalkan dia sain borang aku sudah. apa yang lepas tu lepas lah. tutup buku. aku bawak haluan aku sendiri. tak mau dah aku ada kaitan dengan dia. lebih baik aku perhatikan dia dari jauh je. kalau dok dekat-dekat nanti asyik ditagih respect dari aku. which i dont have towards her. buat masa ni aku takde mood nak buat corrections. tunggu la dalam seari dua lagi. Memang aku akan buat, ikut dia nyer cadangan. asalkan lepas sudah la. aku dah tak fikir fasal kualiti. sekarang ni asal lulus.

Monday, January 22, 2007

Sapa pulak kebas bekas letak pen aku nih.. ari tu ader atas meja. mencari.. mencari..