Friday, May 19, 2006



SERABUT!

Tuesday, May 16, 2006

sedap jugak pekene kopi dari Libya nih. tadik pak arab kat lab aku, Ramadan offer kopi yg bini dia buat. katanya kopi tu dia bawak dari Libya. mmg kaw sungguh. strong. eh.. eh.. promote kopi lak aku nih. saje je dok layan dia. dok criter2 hal semasa.. dok criter pasal kat lab. he's quite talkative. aku suka jugak dengar criter pasal negara dia. working environment kat sana.. macam2. saje layan time aku xder keje sgt. lagi pak arab sorang nih jenis yg "ok". sapa yg biasa dealing dgn pak arab tau la camna. si Ramadan ni aku kire ok sbb peraturan2 yg aku tetapkan, kire dia ikut jugak la. dan tak byk songeh lak. itu yg aku bole layan tu. kalau tidak memang aku buat kerek jerk ah dgn dorang nih. nasib baik lab aku ader sorang jer pak arab. lab kat sebelah aku lak penuh dgn geng dorang. kesian gak aku tgk pegawai kat lab tuh. pompuan lak tuh. nak kene layan geng2 yg banyak songeh tuh.. hmmmm.. letih aaa. kene pepandai la. mana yg boleh kita provide, bole la bagi.


kat lab aku skrg tgh pasang cctv. bukan cctv yg dibeli. tapi webcam je. pastu integrated dgn software yg student buat sendiri. murah jerk. sebab keselamatan la. 2 tahun lepas pernah sebijik cpu hilang dari lab aku. meraban aku mencarik. byk wooo nak kene jawab. kene buat surat sampai ke TNC. itu baru sebijik cpu yg hilang. kalau bende lain yg beriban-riban harganya? mampus aku. kang aku lak yg kene bayo. masalahnye bukan salah aku. aku rasa cam serik jerk bila ader alat hilang cam ari tu. sbb tu aku quite concern kalau ada pc yg dialihkan. taknak dah jadik cam dulu. dulu masa kejadian aku takdak, sbb gi melaka. tapi aku masih dipertanggungjawabkan jugak. sbb kat lab aku. adus.. so atas sebab musabab ini maka eloklah dipasang cctv. bole la monitor saper yg kluar masuk dalam lab aku. pastu pc yg dipasang dgn cctv tu dok kat dlm bilik aku. hmmm bilik aku yg semak pon dah semakin semak. so kalau aku dok lam bilik, bole la tau sapa yg masuk lab. kot2 la bos ke yg datang. kene la buat2 bz.. heheheheh.

Thursday, May 11, 2006

Kematian lagi....

Tadi abah call. dimaklumkan kepada aku yang Tok Ngah dah meninggal. pukul 11 pagi tadi. katanya tak payah la aku balik. kalau balik pon dah tak sempat dah. pukul 5 petang ni org nak kebumikan mayat dia. Aku cuma sedekahkan Al-Fatihah untuknya. semoga rohnya dicucuri rahmat. Tok Ngah is very dear to me. every time aku balik kg, a visit to his house is a must.


life is short. pejam celik, pejam celik sorang demi sorang meninggalkan kita...

Monday, May 08, 2006

Kematian


tadi baru umi call aku. dia bgtau 2 berita. pertama interview. kedua kematian.


pertama interview. besok dia ader interview di Propel. masalahnya dia tak tau jalan nak gi sana. hmm aku pon tak tau jugak nak gi camna. kalau tak bole pegi hantar dia. ader sesiapa tau jalan nak ke sana?


kedua kematian. Umi bgtau dia baru balik dari hospital. aku ingatkan dia sakit ke apa.. rupanya pergi tgk kawan baru lepas bersalin. anaknya meninggal. terbelit tali pusat. beratnya 2.9kg. kesian. aku terbayang wajah sugul mak bapak baby tu. anak sulung pulak tu. aku tau camna the excitement nak dapat anak sulung. tetiba baby meninggal.. sedih. takdir Ilahi. Ada Kesenangan disebalik kesusahan.. Janji Tuhan kepada manusia.

Friday, May 05, 2006

Those who rest before getting tired is LAZY!


aku terpana mender dengar ungkapan ini buat pertama kali.


Semalam aku ader research discussion bersama research group. dipengerusikan oleh Dr. NY (aku nyer supervisor) dan dihadiri oleh 6 org student yg lain. sepatutnya kesemua student kena present progress pada hari tu tapi cuma sempat 4 org aje sbb sorang dah ambik masa. mula-mula aku present, diikuti oleh hashim, selepas itu berenti sekejap. disambung kembali dengan presentation oleh Liu. bila tiba giliran Liu, masalah mula timbul. dia tidak dapat explain all the analysis dan nampak sgt macam tidak faham apa yg dia buat sebenarnya. hanya seperti burung kakak tua yg bercakap tapi tidak mengerti. bila ditanya soalan, tidak dpt menjawab. hanya "tak tahu" saja jawapannnya. presentation dihentikan sekjeap, bagi memberi ruang kepada pelajar lain untuk memberi komen. komen pertama aku adalah, jika kita sendiri tidak boleh menerangkan kedapa org lain, bermakna kita tidak faham ttg perkara itu. ada yg memberi komen bahawa ini menunjuk kan bahwa dia kurang membaca ttg bidangnya. ada juga yg komen dia kurang berkomunikasi dgn org lain. jika dlm lab, hanya buat kerjanya sahaja. tidak pernah dtg berbincang atau bertanya jika ada perkara yg tidak faham. komen dari Dr Ny (quite an honest comment), mengatakan Liu adalah pemalas. pastu baru lah diterangkan kenapa Dr Ny cakap gitu. selepas itu Samaila (a Nigerian) memberitahu kami takrifan malas.


"those who rest before getting tired is lazy"


aku terdiam sebentar. memikirkan takrifan yg dibuat. jika takrifan itu yg digunakan, maka aku adalah salah seorang yg malas. selalunya aku ni kalau buat kerja, mesti akan rehat dulu sblm deadline padahal kerja itu boleh diselesaikan sekejap aje. tetapi jika kerja itu memerlukan aku mencari maklumat yg tidak ada dlm tgn atau sbgnya, pasti aku akan buat dulu. dan selpas semuanya dlm tgn, aku akan slow sedikit. sbb on the of my mind, i can do it faster since everthing is in my hand, within my reach. sbb tu bila rush nak siapkan, jika ada sesuatu yg tak dirancang berlaku, kelam kabut la aku.


nampaknya aku kena revised cara aku bekerja. cara aku buat sesuatu. I will remember this quote. aku kena pastikan diri aku tidak termasuk dalam kategori tersebut. the quote is simple, but it really stab me deep. menusuk kalbu betul la.

camna cara anda bekerja? are you in this category? muhasabah diri....

Wednesday, May 03, 2006

terlupa.

malam semalam aku check baki henpon. ader lagi tinggal 6 inggit, expired besok (arini le tu). almaklum ler pakai tepon jenis "no money no talk". mula2 tu aku pikir nak donlod lagu yang best2 buat ringtone. and then aku fikir baik aku hantar sms random kat member2 lama, tanya khabar berita, rasanya tu lagi bagus.. member lama semasa uni, masa skolah yang dah bawak haluan masing- masing. ader yang dah kawin, ader yg bujang. ader yg tgh mencari, dan ader yang tgh dicari (wanted ker?). kadang-kadang kalau aku dapat sms dari member yg dah lama x dengar citer, rasa suka juga. kurang-kurang ader org ambik tahu pasal kita.


bagus juga member2 aku nih. masing2 ader kehidupan tersendiri. ader keje best, ader keje ok dan ader tgh carik keje lain. ader sorang member lama, housemate aku masa kat uni, Nik nama dia. salah sorang member aku yg "nakal". kuliah ikut mood jerk. kalau kuliah pukul 10 pagi ke bawah, hmm jgn harap ler dier nak datang. kalau kuar malam lak, mesti kul 3,4 pagi baru balik. aku tau mana dia pegi, tapi xyah citer aaa.. bagi sesaper yg biasa kutu malam di KL, aku rasa tau kot. tapiaku suka member dgn dia, sbb satu kepala. kira bole layan aaaa.. bole buat lawak biawak ke.. lawak cicak ke.. layan jerk. exam tiap semester mmg dah bole jangka dah, lulus paras idung jerk. tapi dia tak kisah pon. bagi dia ijazah tu hanya tiket jer nak dapat keje. aku pon rasa ada betulnya. aku hantar le sms kat dia smlm. tanya apa citer terbaru dier. sekarang sudah tahun akhir, jurusan perubatan. fushoo bakal doktor beb.. masa tahun akhir kat uni, dia ader cakap kat aku yg dia nak sambung buat degree medic, aku ingat dia buat lawak jerk.. masa tu dah tahun akhir. aku rasa mungkin dia dah dapat hidayat kot, tapi last minit. dia sambung belajar bukan sebab family dia yg suruh, tapi kehendak dia sendiri. sambung lagi 5 tahun. lama jugak tu. anyway aku doakan dia lulus jadik sorang doktor.


aku cuba sms sorang member lama. pompuan. bukan nak ngorat erk. dia pon dah tau aku kawin. dia ni kawan lama masa skolah dulu. skrg keje kat ampang. dulu selalu jugak berhubung. sms jer la. tanya khabar, citer terbaru dan lenlain sewaktu dgn nya. then agak lama aku tak contact balik. rasanya dalam setahun lebih gitu la. lepas aku sms, tetiba dapat reply sms, tanya siapa aku ni, katanya dia xder save no henpon ni. hmm aku agak nombor tepon aku dia tak simpan dalam henpon dia. apa maknanya? aku buat kesimpulan. simple. member dah delete no aku. jika dia dah delete no aku maknanya dia dah tak mau contact aku dan berhubung dgn aku lagi. aku terus hilang minat nak bertanya khabar. buat apa kita dok ingatkan kat org yg dah tak sudikan? heh cam org nak ngorat lak. nampaknya member dah tak ingat member. tapi xder la aku nak lupakan dia terus. member tetap member.


orang kata berkawan biar seribu, tentu dalam seribu tu ader yg pergi dan ader yg dtg. masa terus berjalan. masing-masing bawa haluan. sekadar sempat bertanya cerita pada yg ada. yg jauh dilupa jangan.
**********************************************