Friday, June 30, 2006

hidup kene teruskan.. maju ke depan atau ke belakang? aku rasa hidup aku lately a little bit mundane. aktiviti yang sama jerk.. nak kene carik aktiviti lain nih.. aku bz sebonarnyo.. bz sbb nak kejar siapkan ijazah sarjana aku nih.. ooohh byk betul halangan.. lepas satu satu.. kengkadang tensen jugak tapi nak tak nak aku kene telan jugak. kene marah ada.. kene puji (tah ikhlas ke tak) ada.. last2 dapat green light bole habiskan jugak. lega. tapi tak lega. sebab takut nnt kene ulang lagik.. adeh...


sejak seari dua ni aku rasa tak sedap badan la. nak demam agaknya. aritu baru je baik demam.. nak demam lagik.. ni yg aku malas nak makan ubat nih. daya tahan badan jadik kurang sbb bergantung pada ubat. tapi aku nak cepat baik. byk keje nak buat. kalau tak makan ubat, nnt takleh nak buat keje.



*******************************************


ari rabu aku akan bertolak gi kulim. nak kene pergi ke Sir*m Amr*c. aku harap ni kali yg terakhir aku gi sana. sebabnya sampel untuk projek aku perlu guna alat kat sana. aku pon dah naik boring dah dengan projek nih. harap2 lepas ni boleh berjalan lancar la. boleh habis cepat.


*******************************************


Tuhan itu maha adil. perkara ni terjadi depan mata aku. rasanya aku belum cerita lagi kat korang kot. masa aku buat projek master ni masa mula2 register, aku adalah org yg pertama register utk tajuk A. then ader sorang student (cha ya nun alif) yg baru (adalah 1 semester lewat dari aku) register. dia ni buat master fulltime. aku lak almaklum la sedang bekerja, cam part time la. so tulis tesis pon lembab la. aku dah plan apa yg aku nak tulis dalam tesis aku. sebab aku dah set baik punyer tajuk tesis.


bila dah lama, dah beberapa semester, projek kitorang pon hampir siap. aku ni masih lagi byk yg tak siap tesis. projek lak dah hampir siap. then student ni pulak sebab dia nak cepat, pegi ambik tajuk aku. dia cakap supervisor aku dah setuju. aku mmg tak puas hati btol masa dia buat gitu kat aku, tapi aku takleh buat apa2 sebab supervisor aku sendiri yg suruh. kat supervisor aku pon aku rasa tak puas ati jugak. tapi aku telan jer la. dah dia bos. kalau aku memberontak kang, dia kasi aku gagal projek mampus lak. so aku terpaksa sambung lagik sebab supervisor aku kata taknak bagi projek nampak sama. maka aku dengan berat hati terpaksa lah menambah lagi kerja2 projek. so penulisan tesis pon aku letak tepi. tapi dalam hati aku, mmg aku dah 'mark' takkan tolong lagi student tuh. apa2 hal buat sendiri ler. sebab masa buat projek tu kitorang mmg buat sama. aku yg byk bantu dia. tapi last2 dia yang sapu aku nyer projek.


then semester ni ader lagik sorang student baru yg register. cha ya nun alif jugak. dia buat phd. yg student dulu tu pon sambung phd jugak. ntah camna projek dorang mmg sama. dorang ni sama2 nak apply untuk NSF. biasiswa le tuh. tadi supervisor aku tunjuk proposal yg student baru tu buat utk NSF. dia ambik sebijik proposal yg telah student lama tu buat dan ubah sikit. si student lama tu dah cuak. dia cam tak puas hati je. aku senyap takk cakap apa masa tadi. tapi dalam hati aku kata padan muka. sekarang rasakan balasan. projek yg dia nak apply for NSF dah diambil oleh org lain. dia pun takleh nak buat apa2 sebab supervisor aku kata "u kena compete lah". so cam tak kisah sgt samada dia copy ke hape.. student lama tu bengang jerk.. aku kata dalam hati, Tuhan maha adil.. sekejap jer student tu dah dapat balasan. dulu curi tajuk projek aku, sekarang tajuk dia pulak kena curik. rasakan. aku nak tgk lepas ni dia bising2 tak depan aku. kalau dia dok bising2 pasal projek dia kena curik... siaplah aku nak sound balik. dulu curik projek org, sekarang padan mukalah!.

0 comments: