Monday, June 09, 2008

Assalamualaikum,


sudah sekian lama juga saya tidak menulis disini, kenapa? ada yang bertanya.. pada permulaannya saya berniat untuk menutup sahaja blog ini. kenapa? tanya lagi.. there's no more freedom of blogging. bukanlah kekangan masa yang menjadi halangan, tetapi perkara yang ingin diutarakan disini terpaksa ditapis dan membuatkan saya berfikir dua kali. kerana ada sesetengah pengunjung disini amat mengenali saya. oleh sebab perkara itu berlaku, maka saya merasakan terdapat sekatan dalam meluahkan apa yang ada dalam hati saya. lama saya tinggal blog ini. mulanya rasa nak tinggal terus.. atau tutup saja, tapi tak sampai hati pula.


Kenapa tulis balik?... blog ini mempunyai nilai sentimental value bagi saya. diblog ini saya menulis ketika masih terkapai-kapai menjadi seorang pelajar. sekarang sudah tamat, tapi patutkah saya tamatkan juga menulis disini? rasanya tidak. tiada perkara yang boleh dijadikan tauladan disini. sekadar bebelan bosan saya sahaja. perkara-perkara ini jika dikutip kembali satu per satu itu lah yang mencirikan saya. ada perkara suka dan ada perkara duka. sayang rasanya nak tinggalkan kenangan lama.


apa yang nak ditulis selepas ini?... well, it aint something bizarre or brilliant here. just venting out my thoughts and wanna spell out whatever it is on my head. this is the place for me. I am starting out a new phase of my life. maybe i am gonna open a new chapter, with a new ambition. this place is going to be my target board for my target practice.


oklah adiossssssss.. see ya next time.

0 comments: