Saturday, October 31, 2009

Apa ada pada nama?

Setiap manusia mempunyai nama. Ada nama Ismayadi, Sakinah, Sabrina, Ismahani, Syita dan berbagai lagi nama yang tidak terfikir oleh kita. Mengikut Irfan Khairi, nama adalah “langkah pertama membina jenama perniagaan yang hebat!”. Beliau memberikan 4 ciri yang perlu ada bagi pembinaan jenama untuk bisnes. Antara ciri-ciri tersebut:
1)      Ianya patut menunjukkan manfaat perniagaan tersebut: RahsiaInternet, Air Asia & Microsoft
2)      Ianya patut menunjukkan ciri-ciri produk melalui perbuatan & warna: Sunkist Oranges, Petronas &  Burger King
3)      Mudah untuk disebut, dikenali dan diingat: Google, Yahoo & Amazon
4)      Berbeza dengan nama lain yang terkenal: McDonalds, Kodak & Toyota
(Artikel penuh boleh didapati di blog beliau)

Berasal dari pembinaan nama, bisnesman perlu berusaha menukarkan nama tersebut menjadi jenama (brand). Jenama juga dikaitkan dengan keuntungan, dimana jika sesuatu barang itu berjenama, maka dikatakan ia mempunyai “nilai”. Walaupun begitu, tidak semua barangan yang ada nama menjadi jenama (brand).

Penjenamaan sangat penting kepada bisnes. Ia mencerminkan imej yang kita bawa terhadap bisnes kita sendiri. Oleh itu aktiviti penjenamaan sangat perlu dititik beratkan. Pelanggan mestilah mengenali jenama produk kita, barulah mereka mahu membelinya. Kita harus merangka strategi bagi peningkatkan promosi jenama bisnes agar dikenali ramai. Contoh mudah adalah menggunakan medan rangkaian sosial seperti facebook ini!.

0 comments: