Friday, May 05, 2006

Those who rest before getting tired is LAZY!


aku terpana mender dengar ungkapan ini buat pertama kali.


Semalam aku ader research discussion bersama research group. dipengerusikan oleh Dr. NY (aku nyer supervisor) dan dihadiri oleh 6 org student yg lain. sepatutnya kesemua student kena present progress pada hari tu tapi cuma sempat 4 org aje sbb sorang dah ambik masa. mula-mula aku present, diikuti oleh hashim, selepas itu berenti sekejap. disambung kembali dengan presentation oleh Liu. bila tiba giliran Liu, masalah mula timbul. dia tidak dapat explain all the analysis dan nampak sgt macam tidak faham apa yg dia buat sebenarnya. hanya seperti burung kakak tua yg bercakap tapi tidak mengerti. bila ditanya soalan, tidak dpt menjawab. hanya "tak tahu" saja jawapannnya. presentation dihentikan sekjeap, bagi memberi ruang kepada pelajar lain untuk memberi komen. komen pertama aku adalah, jika kita sendiri tidak boleh menerangkan kedapa org lain, bermakna kita tidak faham ttg perkara itu. ada yg memberi komen bahawa ini menunjuk kan bahwa dia kurang membaca ttg bidangnya. ada juga yg komen dia kurang berkomunikasi dgn org lain. jika dlm lab, hanya buat kerjanya sahaja. tidak pernah dtg berbincang atau bertanya jika ada perkara yg tidak faham. komen dari Dr Ny (quite an honest comment), mengatakan Liu adalah pemalas. pastu baru lah diterangkan kenapa Dr Ny cakap gitu. selepas itu Samaila (a Nigerian) memberitahu kami takrifan malas.


"those who rest before getting tired is lazy"


aku terdiam sebentar. memikirkan takrifan yg dibuat. jika takrifan itu yg digunakan, maka aku adalah salah seorang yg malas. selalunya aku ni kalau buat kerja, mesti akan rehat dulu sblm deadline padahal kerja itu boleh diselesaikan sekejap aje. tetapi jika kerja itu memerlukan aku mencari maklumat yg tidak ada dlm tgn atau sbgnya, pasti aku akan buat dulu. dan selpas semuanya dlm tgn, aku akan slow sedikit. sbb on the of my mind, i can do it faster since everthing is in my hand, within my reach. sbb tu bila rush nak siapkan, jika ada sesuatu yg tak dirancang berlaku, kelam kabut la aku.


nampaknya aku kena revised cara aku bekerja. cara aku buat sesuatu. I will remember this quote. aku kena pastikan diri aku tidak termasuk dalam kategori tersebut. the quote is simple, but it really stab me deep. menusuk kalbu betul la.

camna cara anda bekerja? are you in this category? muhasabah diri....

0 comments: