Wednesday, May 03, 2006

terlupa.

malam semalam aku check baki henpon. ader lagi tinggal 6 inggit, expired besok (arini le tu). almaklum ler pakai tepon jenis "no money no talk". mula2 tu aku pikir nak donlod lagu yang best2 buat ringtone. and then aku fikir baik aku hantar sms random kat member2 lama, tanya khabar berita, rasanya tu lagi bagus.. member lama semasa uni, masa skolah yang dah bawak haluan masing- masing. ader yang dah kawin, ader yg bujang. ader yg tgh mencari, dan ader yang tgh dicari (wanted ker?). kadang-kadang kalau aku dapat sms dari member yg dah lama x dengar citer, rasa suka juga. kurang-kurang ader org ambik tahu pasal kita.


bagus juga member2 aku nih. masing2 ader kehidupan tersendiri. ader keje best, ader keje ok dan ader tgh carik keje lain. ader sorang member lama, housemate aku masa kat uni, Nik nama dia. salah sorang member aku yg "nakal". kuliah ikut mood jerk. kalau kuliah pukul 10 pagi ke bawah, hmm jgn harap ler dier nak datang. kalau kuar malam lak, mesti kul 3,4 pagi baru balik. aku tau mana dia pegi, tapi xyah citer aaa.. bagi sesaper yg biasa kutu malam di KL, aku rasa tau kot. tapiaku suka member dgn dia, sbb satu kepala. kira bole layan aaaa.. bole buat lawak biawak ke.. lawak cicak ke.. layan jerk. exam tiap semester mmg dah bole jangka dah, lulus paras idung jerk. tapi dia tak kisah pon. bagi dia ijazah tu hanya tiket jer nak dapat keje. aku pon rasa ada betulnya. aku hantar le sms kat dia smlm. tanya apa citer terbaru dier. sekarang sudah tahun akhir, jurusan perubatan. fushoo bakal doktor beb.. masa tahun akhir kat uni, dia ader cakap kat aku yg dia nak sambung buat degree medic, aku ingat dia buat lawak jerk.. masa tu dah tahun akhir. aku rasa mungkin dia dah dapat hidayat kot, tapi last minit. dia sambung belajar bukan sebab family dia yg suruh, tapi kehendak dia sendiri. sambung lagi 5 tahun. lama jugak tu. anyway aku doakan dia lulus jadik sorang doktor.


aku cuba sms sorang member lama. pompuan. bukan nak ngorat erk. dia pon dah tau aku kawin. dia ni kawan lama masa skolah dulu. skrg keje kat ampang. dulu selalu jugak berhubung. sms jer la. tanya khabar, citer terbaru dan lenlain sewaktu dgn nya. then agak lama aku tak contact balik. rasanya dalam setahun lebih gitu la. lepas aku sms, tetiba dapat reply sms, tanya siapa aku ni, katanya dia xder save no henpon ni. hmm aku agak nombor tepon aku dia tak simpan dalam henpon dia. apa maknanya? aku buat kesimpulan. simple. member dah delete no aku. jika dia dah delete no aku maknanya dia dah tak mau contact aku dan berhubung dgn aku lagi. aku terus hilang minat nak bertanya khabar. buat apa kita dok ingatkan kat org yg dah tak sudikan? heh cam org nak ngorat lak. nampaknya member dah tak ingat member. tapi xder la aku nak lupakan dia terus. member tetap member.


orang kata berkawan biar seribu, tentu dalam seribu tu ader yg pergi dan ader yg dtg. masa terus berjalan. masing-masing bawa haluan. sekadar sempat bertanya cerita pada yg ada. yg jauh dilupa jangan.
**********************************************

0 comments: