Friday, April 09, 2004

Fuh lega.. baru je abis seminar tadik.. kitorang kat sini menganjurkan seminar tentang penyelidikan terbaru dalam bidang magnetik. perkara yg merisaukan aku mula2 adalah nak dapatkan hadirin bai memenuhi bilik seminar.. aku cuma target dlm 20 org pun cukup la.. tapi tak sangka yang datang adalah dalam 30 org. aku ucapkan terma kasih bebanyak kat kengkawan yg byk tlg aku dlm seminar ni. terutama cik adzah (ehemm.. ehem.. "cik" lagik tu.. ) yang telah sudi membungkuskan hadiah utk aku dalam keadaan masa yg suntuk.. warghahaha ko bole keje kat kedai balut hadiah la.. ader skill siot.. hehhe jgn marah..

apa yg aku nampak senario hadirin yg menghadiri seminar kat tempat aku keje nile... perkara yg susah adalah nak attract org utk dtg dengar seminar.. bukan kena bayar pon.. pree jer... dah la tu ader disediakan makan lak tu.. lagik tak mau.. seminar yg bercorak akademik camni mmg tak ramai org yg hadir.. amat susah.. tapi kalau berbentuk hiburan.. mak ai bukan kemain lagik ramai. kalau ader buat 'sure heboh' mesti penuh je le... kita manusia mmg gitu.. suka pada hiburan.. tak dinafikan sbb aku sendiri pon tergolong dlm golongan itu. kalau setiap kali kawan2 yg lain anjurkan seminar, aku akan cuba hadiri walaupun ia tak berkaitan dgn aku. sebolehnya aku try bg moral support utk diorang. sbb bg aku, satu kerugian kalau tak menghadiri seminar gini, kerana walau pun bidang berlainan, sekurang2 nya aku dapat menambah pengetahuan ttg nya. jadi kalau ader org bercakap ttg bidang tu, aku takde la cam bodoh sgt tak tau apa2.. tapi aku tak salahkan kalau tak dtg ke seminar gini. sbb kengkadang kita pun ader kerja yg lebih penting perlu diselesaikan.. mungkin meraka yg tak datang tu terpaksa membuat kerja lain yg menyebabkan mereka terpaksa buat dgn segera. atau mungkin mereka telah ada temujanji dgn org terlebih dahulu ke.. janji dgn awek ke.. dgn tunang ke.. dgn sesape ke.. jadi masing2 sendiri mau ingat la. tapi bg aku jika takde kerja yg terlalu penting, aku sebolehnya akan menghadiri seminar bagi memberi support.. siapa lagi nak mulakan kalau bukan kiter... eh apa aku merepek nih.. ah lantaklah.. aku pon tak tau apa yg aku dok cakap nih.. warghahaha sori la kalau kornag dok baca pepanjang merapu tah hape2 nih.

esok umi datang Kl yey!!!!

0 comments: